Monday, 14 March 2016

  SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAMDUA2012
 NAMA PENSYARAH MOHD NOOR ZAIDI MUHD ZAWAWI
 TAJUKPENGUGURAN JANIN NAMA AHLI KUMPULANMOHD SHAMRUL HAFFIS BIN MUHAMAD ZAIN
02DSB15F1045
MUHAMMAD SHAHRUL NIZAM BIN ISMAIL
02DSB15F1047
MUHAMMAD AMIR SHAHRIL BIN AHMAD RIZAL
02DSB15F1049
MUHAMMAD AZIZI BIN ABDUL AZIZ
02DSB15F1033



ISI KANDUNGAN..

TAJUK
BIL.MUKA SURAT
PENGHARGAAN
3
DEFINISI
4
Kesan pengguguran
5
Hukum pengguguran
6-8
kesimpulan
9
lampiran
10






PENGHARGAAN...

    Pertama sekali,saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah kami, Encik Zaidi pensyarah sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam kerana telah memberi sokongan dan galakan kepada kami sepanjang kami menyiapkan  e-folio ini.

    Selain itu ,penghargaan juga diberikan kepada setiap ahli kumpulan kerana telah memberi kerjasama dalam melengkapkan e-folio tentang isu pengguguran bayi  dari perspektif islam dan sains.


      Akhir sekali,harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambah ilmu pengetahuan kami disamping memberi sedikit pengetahuan kepada para pembaca bagi melahirkan modal insan yang berilmu tinggi dan sebagai panduan kepada masyarakat secara amnya.




DEFINISI
Imam Al - Ghazali berpendapat, menggugurkan  janin sebelum peniupan roh hukumnya tetap haram.Dalilnya, sperma sudah tertanam dalam rahim dan siap menerima kehidupan.Sebahagian orang memilih menggugurkan kandungan sebagai cara menutup malu atau aib akibat ke hamilan tak dikehendaki. Bagaimana Islam memandang  pengguguran kandungan?

Yang dimaksud dengan menggugurkan kandungan dalam pembahasan ini adalah: menggugurkan secara paksa janin yang belum sempurna penciptaan Nya atas permintaan atau kerelaan ibu yang mengandungnya .Adapun dasar dari pembahasan ini adalah hadis yang diriwayatkan  seorang dari kamu dikumpulkan penciptaannya di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Setelah genap empat puluh hari kedua, terbentuklah segumpal darah beku.Ketika genap empat puluh hari ketiga ,berubahlah menjadi segumpal daging. Kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh, serta memerintahkan untuk menulis empat perkara, yaitu penentuan rizeki, waktu kematian, amal, serta nasibnya, baik yang celaka, mahupun yang bahagia.“ (Bukharidan Muslim)




KESAN PENGGUGURAN JANIN

Pakar Perunding Sakit Puan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, berkata pengguguran haram boleh memberi implikasi besar kepada kesihatan individu berkenaan kerana selalunya dilakukan tanpa  prosedur perubatan yang ditetapkan atau dikendalikan oleh pihak yang tidak terlatih.

“Pengguguran tidak selamat dibuat tanpa membuat rujukan daripada pakar perubatan yang bertauliah. Ada juga yang melakukan pengguguran haram dengan menggunakan perkhidmatan mereka yang tidak bertauliah antaranya mengikut cara tradisional. Ini memberikan banyak kesan kepada mereka.
“Wanita terbabit berisiko tinggi menghadapi kematian berikutan pendarahan dan jangkitan pada rahim.Mereka juga terdedah kepada kesakitan pada saluran pembiakan sekaligus boleh mengakibatkan kemandulan,”
Kesan pengguguran haram
Pada diri sendiri:
  • Jangkitan kuman pada bahagian peranakan.
  • Mengalami pendarahan dalam perut yang boleh mengakibatkan kematian.
  • Kecederaan pada rahim.
  • Sukar untuk mengandung lagi.
  • Jika mengandung, wanita berkenaan akan mengandung di luar rahim dan apabila beranak rahim boleh pecah secara spontan.
  • Mandul.
  • Senggugut dalam rahim.
  • Masalah psikologi – mental dan emosi.
  • Kemurungan berikutan teringatakan anak yang pernah dibuang.
Keluarga
  • Malu.
  • Psikologi – mental dan emosi.
Masyarakat

  • Mengikut langkah selepas mendapat tahu ada cara mudah yang boleh menggugurkan kandungan.
  • Kes pembuangan bayi semakin berleluasa.
  • Pandangan serong oleh orang sekeliling.




Hukum Menggugurkan Kandungan dalam Islam
Melihat hadis Nabi saw, maka ada dua jenis aborsi dilihat dari segi usia janin:

1.      Menggugurkan Janin Sebelum Peniupan Roh.
Para ulama berselisih tentang hukumnya menggugurkan janin sebelum ditiupkannya ruh kepada janin

a). Madzhab Syafi’iyyah, Hanafiyyah, dan Hambali.
Menggugurkan janin sebelum peniupan roh hukumnya boleh. Bahkan sebahagian dari ulama'  membolehkan menggugurkan janin tersebut dengan ubat. ( Hasyiat Al Qalyubi : 3/159 )
Menurut kelompok ini, berdasarkan hadis Nabi menunjukkan bahawa sebelum empat bulan, roh belum ditiup ke janin dan penciptaan belum sempurna, serta dianggap benda mati, sehingga boleh digugurkan

b). Sebahagian ulama mazhab Hanafi dan Imam Romli
Menggugurkan janin sebelum peniupan roh hukumnya makruh. Dan jika sampai pada waktu peniupan ruh, maka hukumnya menjadi haram.
Dalilnya bahawa waktu peniupan roh tidak diketahui secara pasti, maka tidak boleh menggugurkan janin jika telah mendekati waktu peniupan roh.
 (Nihayatul Muhtaj: 7/416)

c). Imam Ghazali dan Ibnu Jauzi.
Menggugurkan janin sebelum peniupan roh hukumnya haram. Dalilnya bahawa  air mani sudah tertanam dalam rahim dan telah bercampur dengan ovum wanita sehingga sedia menerima kehidupan.
 (Ihya Ulumuddin : 2/53)



2.      Menggugurkan Janin Setelah Peniupan Roh.
Majoriti ulama telah berpendapat bahawa menggugurkan janin setelah peniupan roh hukumnya haram. Peniupan roh terjadi ketika janin sudah berumur empat bulan dalam perut ibu, Ketentuan ini berdasarkan hadis Ibnu Mas’ud. Janin yang sudah ditiupkan roh dalam dirinya, secara automatik pada saat itu, dia  telah menjadi seorang manusia, sehingga haram untuk dibunuh. Hukum ini berlaku jika pengguguran tersebut dilakukan tanpa ada sebab yang darurat.
Dari keterangan di atas, boleh diambil kesimpulan bahawa para ulama berpendapat bahawa Abortus Profocatus Criminalis, iaitu jenayah yang menggugurkan kandungan setelah ditiupkan roh ke dalam janin tanpa suatu alasan syar’i hukumnya adalah haram dan termasuk katagori membunuh jiwa yang diharamkan Allah swt.





Pengguguran dan Pembuangan Bayi Menurut Perspektif Islam dan Perundangan Islam


Perspektif Islam

Dalam perspektif Islam, pengguguran atau al-ijhad  dari segi bahasa memberi maksud jatuh janin yang telah sempurna dan telah ditiupkan roh, tetapi belum hidup. Al-ijhad juga mempunyai persamaan maksud dengan perkataan seperti al-izlaq (tergelincir),al-isqat (jatuh), al-imlas (tergelincir), dan al-islab (jatuh). Ulama’ mazhab Syafie seperti Iman Ghazali banyak menggunakan perkataan al-ijhad dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin.
     
  Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat dan Matlamat.

Dalam isu pengguguran bayi, kaedah fiqh ada menggariskan satu prinsip iaitu bahaya mesti dihapuskan dan membawa maksud secara mudahnya tiada boleh melakukan sesuatu yang bersifat mudarat kepada diri sendiri dan memudaratkan orang lain. Sumber pengambilan kaedah ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud:
“Tidak boleh bahaya dan tidak membahayakan.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)
Islam memandang mulia pada setiap kehidupan dari detik ianya dijadikan dan adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memelihara kehidupan atau hayat itu. Firman Allah swt
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.”

(Surah Al Isra’ ayat 31)

“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.”                       

(Surah Al Isra’ ayat 33)

Pengguguran adalah sesuatu yang memudaratkan janin kerana tindakan tersebut adalah bertujuan mematikannya. Ia juga boleh memudaratkan nyawa si ibu kerana dalam sesetengah situasi, perbuatan menggugurkan kandungan itu boleh menyebabkan pendarahan yang kritikal kepada si ibu dan perkara ini sekaligus akan mengancam nyawa si ibu, lihat petikan dibawah dalam ilmu perubatan sendiri mengatakan sedemikian.
“Menurut Ketua Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Dr Zainul Rashid Mohd Razi, pengguguran janin boleh memberikan implikasi yang besar kepada pelakunya. Antaranya, boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran peranakan, selain berpotensi mengalami pendarahan di dalam perut yang boleh menyebabkan wanita tersebut pengsan atau maut.”




Pengguguran yang diharuskan syarak

Islam itu agama yang fleksibel dan memudahkan, tidak semestinya sesuatu perkara itu apabila dihukumkan haram maka, tiada tasamuh untuk kes yang perlu dilihat dan dikaji secara mendalam. Menyelamatkan kehidupan adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Islam, sesuai firman Allah SWT:

“Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

(Surahal-Ma’idah ayat 32)

Kaedah fiqh dalam masalah ini menyebutkan:

“Idza ta’aradha mafsadatani ru’iya a’zhamuha dhararan birtikabi akhaffihima”

Yang bermaksud: “Jika berkumpul dua mudharat (bahaya) dalam satu hukum, maka dipilih yang lebih ringan mudharatnya.” (Abdul Hamid Hakim, 1927, Mabadi` Awaliyah fi Ushul Al Fiqh wa Al Qawa’id Al Fiqhiyah, ms.35)
Dalam hal ini, nyawa ibu lebih diutamakan kerana mengambil kira ibu sebagi salah satu tonggak dalam kehidupan rumah tangga. Terdapat banyak contoh perkara atau penyakit yang biasanya memerlukan si ibu untuk menggugurkan kandungannya bagi menjamin keselamatan nyawa ibu itu tadi sebagai contoh penyakit kanser yang dikesan di awal kehamilan seperti kanser payudara, kanser servik, kanser paru-paru yang memerlukan rawatan pembedahan, kemoterapi dan radioterapi; dimana jika si ibu meneuskan kandungan boleh menjejaskan kesihatan si ibu dan juga kandungan di mana boleh memberi kesan yang lebih teruk. Dalam hal ini ulama’ sepakat mengatakan harus untuk si ibu menggugurkan kandungannya

  b) Pengguguran disebabkan kecacatan

Dari segi perubatan, pada umumnya kecacatan terbahagi kepada tiga jenis iaitu kecacatan fizikal, kecacatan mental dan kecacatan kombinasi kedua-duanya.
Terdapat berbagai kecacatan yang berlaku pada janin, antaranya ialah kecacatan fizikal seperti pekak, buta mata, sumbing bibir, tiada otak, kepala besar dan sebagainya. Manakala kecacatan mental pula ialah seperti kelembapan otak, peradangan otak dan sebagainya. Tidak semua kecacatan ini dapat dikesan oleh doktor melalui peralatan dan ujian yang dilaksanakan.

Apabila kecacatan dikesan dalam perkembangan janin dalam rahim ibu, dan jika kecacatan itu mampu mengancam keselamatan si ibu, hukum pengguguran bayi tadi adalah harus bagi menjamin keselamatn si ibu. Kaedah yang sama iaitu “Jika berkumpul dua mudharat (bahaya) dalam satu hukum, maka dipilih yang lebih ringan mudharatnya.”




Kesimpulan


Pengguguran bayi merupakan perbuatan yang haram disi agama Islam dan rasanya semua agama juga mengharamkan penganutnya untuk melakukan perbuatan ini. Namun perlu dilihat untuk tujuan apa perbuatan itu dilakukan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7 - 8 Mac 1990 telah membincangkan Pengguguran Kandungan Kerana Kecacatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Kehidupan itu perlu dihormati, tidak kira ianya masih belum berupaya untuk hidup dengan sendirinya ataupun tidak, melakukan pembunuhan yakni dengan melakukan pengguguran bayi (janin) secara haram dan tanpa sebab musabab yang memerlukan seseorang melakukannya adalah perihal perkara yang menyalahi syarak bahkan ianya merupakan perkara yang menyalahi etika dan moral Islam. Setiap hukum yang dikeluarkan dalam Islam pula mengambil kira kemaslahatan individu bahkan ianya juga melihat dari segi kemaslahata ummah yang paling penting. Kaedah fiqh untuk menentukan hukum pengguguran bayi pula dilihat lebih kepada menjaga kemaslahatan individu yakni ibu yang mengandungkan bayi tersebut.
Dengan pengharaman pengguguran bayi secara haram dan tidak sah serta tanpa factor yang memerlukan untuk melakukan sedemikan diharap akan dapat membendung masalah pengguguran bayi ini terutamanya di Malaysia.





No comments:

Post a Comment